MAJLIS PERJUMPAAN PEGAWAI AWAM IPD REMBAU NEGERI SEMBILAN

Rembau. 28/07/2020 – Majlis perjumpaan Pegawai Awam IPD Rembau telah diadakan di Restoran Ikan Bakar Sg Rembau yang dihadiri oleh semua Pegawai Awam yang bertugas di IPD Rembau.

   Aturcara majlis dimulai dengan ketibaan semua Pegawai Awam kemudian disusuli KBPD IPD Rembau bagi menyempurnakan majlis. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan Pegawai Awam yang akan bertukar ke tempat baru.

   Majlis ini juga dapat mengeratkan tali persaudaraan diantara satu sama lain serta beramah mesra bersama pucuk pimpinan dalam menyampaikan amanat – amanat atau arahan terkini PDRM.

1afa8072-69a9-4837-9b88-ca99181aae73 6b204b23-a957-44b1-b08a-2e77303863ad e0a907d0-aabd-4f8a-893b-54ccd08ccfd0