KUNJUNG HORMAT PEGAWAI KANAN PACSU KEPADA DATO KP PAHANG.

Pahang, 19/08/2020 : Pegawai Kanan Kesatuan Perkhidmatan Tadbir Dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) dan AJK PACSU Cawangan Pahang telah mengadakan satu kunjung Hormat kepada Yang Dihormati Dato’ Sri Abd Jalil bin Hassan Ketua Polis Pahang.

Pegawai Kesatuan PACSU dihadiri oleh Saudara Anuar bin Mamat, Presiden PACSU, Tuan Haji Mohd Zaki bin Mahmood, Timbalan Presiden PACSU, Saudara Musa bin haji Atan, Naib Presiden PACSU, KAPT. Bersekutu (PA) Mohd Fadli bin Mohd Noor, Setiausaha Agung PACSU, Saudara Mohd Azli bin Suhaimi, Timbalan Setiausaha Agung PACSU, YM Raja Hazlan bin Raja Hussin, Bendahari Agung PACSU dan Saudara Rohaizad bin Khalil, Pegawai Pelajaran PACSU.

Turut sama semasa kunjung hormat ini adalah Pengerusi PACSU Pulau Pinang saudari Seri Embun binti Ishak dan barisan Jawatankuasa PACSU Cawangan Pahang.

#PDRMPACSUBerpisahTiada

,