KUNJUNG HORMAT PACSU KEPADA KEPIMPINAN CUEPACS

PACSU DAN CUEPACS

04/09/2020 (Jumaat): Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir Dan Awam Pasukan Polis, Semenanjung Malaysia (PACSU) telah mengadakan sesi Kunjung Hormat kepada kepimpinan tertinggi CUEPACS di Wisma CUEPACS hari ini. Ketibaan deligasi telah disambut oleh Presiden CUEPACS, Tn. Hj. Adnan bin Mat bersama-sama barisan kepimpinan CUEPACS.

Antara isu-isu yang dibincangkan semasa kunjung hormat ini adalah seperti :

  1. Hala tuju kesatuan sekerja;
  2. Tuntutan-tuntutan CUEPACS kepada pihak kerajaan;
  3. Isu Penjumudan Perjawatan Pegawai Awam PDRM; dan
  4. Pertukaran Pegawai Awam yang telah berkhidmatan melebihi 7 tahun oleh JPA; dan

Turut hadir bersama dalam sesi kunjung hormat ini adalah, Sdra. Anuar bin Mamat (Presiden PACSU), Tn. Hj. Mohd Zaki bin Mahmood (Timbalan Presiden PACSU), Sdra. Mohd Fadli bin Mohd Noor (Setiausaha Agung PACSU), YM Raja Hazlan bin Raja Hussin (Bendahari Agung PACSU), Sdra. Mohd Azli bin Suhaimi (Timbalan Setiausaha Agung PACSU) dan Sdra. Rohaizad bin Khalil (Pegawai Pelajaran PACSU).

Bubur_Durian