MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PACSU CAWANGAN PERAK TAHUN 2020

Ipoh, 26 Ogos 2020 – Bertempat di Mess Pegawai Kanan Polis Perak, telah berlangsung Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Cawangan Perak ke-69 tahun 2020. Dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akibat penularan wabak penyakit Covid-19, majlis tetap berjalan dengan lancar dengan mematuhi sepenuhnya Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Majlis perasmian penutup mesyuarat tersebut telah disempurnakan oleh YDH DCP Datuk Goh Boon Keng, Timbalan Ketua Polis Perak. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YDH ACP Mohd Zaini bin Mat Yusof, Ketua Jabatan Pengurusan Perak, Saudara Anuar bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia serta Saudara Rohaizad bin Khalil, Pegawai Pelajaran PACSU Malaysia.

Dalam ucapan perasmian tersebut, YDH Datuk Goh Boon Keng berharap dan menyeru kepada semua ahli untuk terus melaksanakan amanah yang diberi dengan penuh dedikasi, bertunjangkan integriti dan berlandaskan etika perkhidmatan di samping dapat melahirkan warga kerja PDRM yang berintegriti dan profesional.

YDH Datuk Goh Boon Keng juga sempat mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh pegawai awam perak khususnya di atas komitmen yang sangat baik kerana berjaya hadir bertugas secara penggiliran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang lalu.

rbt

,