MAJLIS SANJUNGAN BUDI LAMBAIAN KASIH PACSU CAWANGAN PERAK

Ipoh, 18 September 2020 – Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih PACSU Cawangan Perak telah diadakan di Kedai Kak Ros, Medan Istana Ipoh bagi meraikan persaraan ahli PACSU yang juga Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Perak iaitu Pn. Nor Hasimah binti Jamaludin atau lebih mesra dengan panggilan ‘Mak Tok’. Kehadiran seramai 23 orang terdiri daripada ahli PACSU Cawangan Perak diketuai oleh Pn. Pengerusi PACSU Cawangan Perak iaitu Pn. Rohaniah binti Razali dan mantan Pengerusi iaitu Pn. Nafishah binti Shuib ‘Kak Chah’ serta mantan AJK iaitu Pn. Noor Hashimah binti Mohamad Noor.

Pn. Nor Hasimah binti Jamaludin dilahirkan di Lambor Kanan, Parit Perak. Beliau telah berumah tangga dan dikurniakan 5 orang cahaya mata. Beliau memulakan kerjaya di dalam PDRM mulai 15 Mei 1992 dan beliau juga telah menjadi AJK PACSU mulai bulan Mei 1992. Beliau amat dikenali dengan sifat peramah dan juga ‘sporting’  serta bergiat aktif di dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PACSU. Beliau telah banyak menyumbang tenaga dan idea di dalam bersama-sama membangunkan PACSU Cawangan Perak.

Tempat tugas terakhir beliau adalah di Pejabat Pendaftaran Rahsia Jabatan Pengurusan IPK Perak. Beliau telah menjalani persaraan pada 01 Ogos 2020.

IMG_20200918_150039 IMG_20200918_150117 IMG_20200918_150324

rbt

IMG_20200918_150658 IMG_20200918_155734 IMG-20200918-WA0036

,