MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (PACSU) JOHOR KALI KE-64

Johor Bahru, 23 September 2020 – Mesyuarat Agung Tahunan Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir Dan Awam Pasukan Polis (PACSU) Cawangan Negeri Johor telah diadakan di Hotel Double Tree , Johor Bahru. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YDH CP DATO’ AYOB KHAN BIN MYDIN PITCHAY, Ketua Polis Johor.

PACSU adalah sebuah kesatuan yang telah di didaftarkan di bawah kesatuan sekerja dan merupakan kesatuan tunggal mewakili pegawai awam di dalam Jabatan Polis Diraja Malaysia. Dalam majlis ini YDH Ketua Polis Johor telah menyampaikan Dermasiswa PACSU tahun 2020 kepada tiga orang penerima dan sijil penghargaan kepada pesara PACSU yang telah menjalani persaraan mulai Januari 2020.

Pegawai Kanan PACSU yang hadiri iaitu YBrs. Tuan Haji Mohd Zaki bin Mahmood (Naib Presiden yang mewakili Presiden) dan YM Raja Hazlan bin Raja Hussin (Bendahari Agung). Turut hadir YDH DCP DATO’ KHAW KOK CHIN, Timbalan Ketua Polis Johor, Ketua-Ketua Jabatan PDRM Kontinjen Johor, Ketua-ketua Polis Daerah dan Wakil-wakil Persatuan dalam PDRM Kontinjen Johor.

#PrihatinPDRMJohor
#LikeShareFBPolisJohor
#FollowInstagrampolisjohor

,