MAJLIS PERSARAAN DAN SERAH TERIMA TUGAS DATUK GOH BOON KENG TIMBALAN KETUA POLIS PERAK

BERSARA SELEPAS 33 TAHUN 8 BULAN BERKHIDMAT

IPOH, 20 November 2020 – YDH CP Dato’ Zaini bin Jass, CP Pentadbiran, Jabatan Pengurusan PDRM menjadi saksi serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Perak di antara YDH DCP Datuk Goh Boon Keng dengan YDH DCP Dato’ Pahlawan Hj. Mazlan bin Hj. Santarai yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak, hari ini.

Pada masa yang sama, YDH P/DCP Dato’ Pahlawan Hj. Mazlan bin Hj. Santarai turut memangku tugas sebagai Ketua Polis Perak.

YDH Datuk Goh Boon Keng akan bersara wajib pada 22 November 2020 ini selepas berkhidmat selama 33 tahun 8 bulan di dalam pasukan PDRM. Beliau juga sempat memegang jawatan Pemangku Ketua Polis Perak selama 2 bulan dan 13 hari sebelum menjalani persaraan wajib pada 22 November 2020 nanti.

Dalam ucapan YDH Datuk Goh Boon Keng beliau berterima kasih kepada seluruh warga Polis Kontinjen Perak yang telah memberi sepenuh kepercayaan kepada beliau dalam melaksanakan tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Perak.

Hadir sama, YBhg. Datin Hairiah binti Hj. Mohd Tahir, Ketua Urusetia PERKEP Jabatan Pengurusan PDRM, YDH SAC Anuar bin Othman, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Perak, YDH SAC Suresh Kumar A/L G Suppiah, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti PDRM Perak, YBhg. Datin Loh Tip Lai, Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Perak, YBhg. Datin Rosiah Timah binti Jamiyor, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah, Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Rakan Media.

126529021_3477853638936110_5970718266220475271_n

,