KUNJUNG HORMAT PACSU PERAK KE PEJABAT KETUA POLIS PERAK

Ipoh, 4 Januari 2021 – PACSU Cawangan Perak telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat Ketua Polis Perak yang baharu iaitu YDH Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash bin Wahid. Perjumpaan ini juga bertujuan untuk bersuai kenal di antara barisan kepimpinan PACSU Perak dan mengetahui sedikit sebanyak tentang PACSU Perak. Kunjung hormat ini diketuai oleh Pengerusi PACSU Perak iaitu Puan Rohaniah binti Razali, Setiausaha Puan Rosdiah binti Safri dan ahlijawatankuasa.

,