MAJLIS JALINAN KASIH PACSU KELANTAN

Kelantan 28.12.2020 (Isnin) : PACSU Cawangan Kelantan telah mengadakan Majlis Jalinan Kasih PACSU Kelantan  bertempat di Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim & Dhuafa’ Darul Mizan, Kampung Wakaf Aik, Bachok Kelantan. Majlis dihadiri oleh Ybrs En. Anuar Bin Mamat (Presiden PACSU Malaysia), Ybrs En. Mohd Zaki Bin Mahmood (Timbalan Presiden PACSU Malaysia), Ybrs En. Mahadi Bin Abdul Samat (Mantan Pengerusi PACSU Kelantan), Pengerusi PACSU Cawangan Kelantan, Setiausaha, Bendahari PACSU Kelantan serta 12 orang Ahlijawatankuasa PACSU Kelantan sesi 2020/2021.

Penganjuran majlis ini adalah bertujuan untuk menyampaikan sumbangan daripada Masjid As-Solehin, PULAPOL Kuala Lumpur kepada rumah kebajikan tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan dari pihak pengurusan rumah kebajikan, dan disusuli dengan ucapan Timbalan Presiden PACSU Malaysia, dan seterusnya Ucapan Presiden PACSU Malaysia.

Majlis di akhiri dengan sesi bergambar bersama – sama 28 orang anak-anak yatim selain kakitangan  pengurusan di pusat tersebut. sebelum bersurai AJK PACSU Kelantan singgah makan tengahari di rumah Bendahari PACSU Kelantan di Tawang, Bachok. PACSU Kelantan telah mengadakan kejutan, dengan mengadakan majlis sambutan kelahiran Mantan Pengerusi PACSU Kelantan dan majlis turut diakhiri dengan upacara doa selamat dan pulut kuning.

 

,