PROGRAM GABUNGAN JIPS MELAKA BERSAMA PACSU CAWANGAN MELAKA SEMPENA SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 1422H/2021M PERINGKAT PDRM KONTINJEN MELAKA

11 Mac 2021 (MELAKA) – Sempena Israk Mikraj 1422H/2021M, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard IPK Melaka dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka dan PACSU Cawangan Melaka telah menganjurkan Ceramah bertajuk REJAB… JANGAN PERGI  bertempat di Auditorium IPK Melaka. Program ini telah dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Melaka, Ydh SAC Dato’ Sharul Lalli bin Masduki, Pengerusi PACSU Cawangan Melaka En Syed Ahmad Bin Syed Shahardin , Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Melaka, Ybhg Datin Rokiah binti Zainudin, Pegawai-Pegawai Kanan Polis, Pegawai-Pegawai Pangkat Rendah, Pegawai-Pegawai Awam dan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Melaka serta Ahli PACSU Cawangan Melaka.
Objektif Program adalah bagi memperingati Hari Kebesaran Islam Israk Mikraj, mendidik jiwa warga PDRM agar lebih cintakan Nabi Muhammad S.A.W serta mengamalkan sunnahnya. Firman Allah di dalam Surah Al-Israk ayat 1: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari, dari Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Ceramah telah disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Che ZamZam bin Che Man daripada Jabatan Agama Islam, Melaka.
Program berjalan dengan lancar serta mengikut SOP PKPP yang telah ditetapkan.
 158152991_5114268461977064_2575531970747962666_o 158615555_5114268851977025_1165051830801328334_o 158813494_5114268728643704_741752327088659991_o 159064513_5114268345310409_3723614492204462434_o 159089230_5114268498643727_7348273712050558183_o 159252220_5114268701977040_7262199637674575747_o 159518781_5114268828643694_888311732811524080_o 159961224_5114268611977049_4761428034749341306_o 160046317_5114268581977052_2317014265876326576_o 160653660_5114268411977069_8986314325987190378_o
,