SAMBUTAN HARI POLIS KE-214 KONTINJEN PERAK

IPOH, 25 Mac 2021 – Perhimpunan sempena memperingati penubuhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ke-214 Tahun 2021 telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

Majlis telah disempurnakan oleh YDH CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash bin Wahid, Ketua Polis Perak. Dalam perhimpunan tersebut, Ketua Polis Perak telah membacakan perutusan Ketua Polis Negara, YDH IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador serta menyampaikan Surat Penghargaan kepada Pegawai Polis dan Orang Awam.

Sambutan Peringatan Hari Polis ini juga turut dihadiri oleh YDH DCP Dato’ Pahlawan Hj. Mazlan bin Hj. Santarai, Timbalan Ketua Polis Perak, YDH SAC Shazeli bin Dato’ Kahar, Ketua Cawangan Khas PDRM Perak, YDH SAC Anuar bin Othman, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Perak, YDH SAC Suresh Kumar A/L G. Suppiah, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti PDRM Perak, Ketua-ketua Jabatan PDRM Perak, Ketua-ketua Polis Daerah, Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam, Pesara Polis dan Rakan-rakan Media.

Perhimpunan ini juga turut disertai oleh kumpulan koir PACSU Perak bagi mengiringi lagu-lagu yang telah disediakan sepanjang majlis berlangsung.