BENGKEL SEMAKAN SISTEM SARAAN BAHARU DAN PEMURNIAN CUEPACS TAHUN 2021.

Kuala Lumpur, 09/04/2021 : Telah berlangsungnya Bengkel Semakan Sistem Saraan Baharu dan Pemurnian CUEPACS Tahun 2021 yang bertempat di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur selama 3 hari (09 – 11 April 2021). Bengkel telah dihadiri semua Jawatankuasa Tertinggi CUEPACS dan menjemput penceramah yang penuh berpengalaman sebagai input bengkel. Antara penceramah yang terlibat iaitu:

1.  Sesi 1 : Taklimat Mengenai Ekonomi Malaysia, oleh Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Pakar Kewangan & Ekonomi UKM.

2.  Sesi 3 : Kos Sara Hidup (Pendapatan dan Perbelanjaan), oleh Ybrs. Dr. Mohd Fairuz bin A. Razak, Majlis Kerja Tertinggi Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA)

3.  Sesi 4 : Kos Sara Hidup Semasa Terutama Kepada Penjawat Awam, oleh Ybhg. Dato’ Dr. Madeline Berma, Pensyarah UKM dan SUHAKAM.

Pegawai Kanan PACSU yang terlibat dalam bengkel Sdra. Mohd Fadli bin Mohd Noor (Naib Presiden PACSU merangkap Timbalan Setiausaha Agung I CUEPACS) dan Sdra. Anuar bin Mamat (Presiden PACSU merangkap Naib Presiden Gred Pentadbiran, Sokongan, Bakat, Seni & Sosial).

,