PERJUMPAAN TAN SRI KPN BERSAMA PEGAWAI RENDAH POLIS DAN PEGAWAI AWAM POLIS IPK KELANTAN

KELANTAN, 06.04.2021(Selasa) – Persinggahan lawatan kerja Tan Sri KPN di IPD Pasir Mas seterusnya di Dewan Tun Salleh, IPK Kelantan, telah diakhiri dengan satu perjumpaan yang telah dihadiri oleh Pegawai Rendah Polis (PRP), Pegawai Awam dari pelbagai Bahagian, Jabatan dan Formasi bagi mendengar amanat daripada Ydh Tan Sri Ketua Polis Negara. Perjumpaan ini telah berlangsung selama hampir 1 jam. Ydh Tan Sri KPN telah memberi penekanan berhubung disiplin, tanggungjawab serta integriti semasa menjalankan tugas. Ydh Tan Sri KPN juga turut memberikan penekanan kepada aspek kebajikan Pegawai Rendah Polis (PRP) dan Pegawai Awam. Majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab dan sesi bergambar.

PACSU Kelantan

IMG-20210406-WA0017IMG-20210406-WA0019

,