BERITA KEMATIAN BENDAHARI PACSU CAWANGAN BUKIT AMAN

Dukacitanya dimaklumkan bahawa Saudari Jalila Binti Wahidin, (Bendahari PACSU Cawangan Bukit Aman) telah kembali ke rahmatullah pada 15/05/2021 (Sabtu) jam 1.00 tengah hari di Hospital Besar Kuala Lumpur. Barisan Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Bukit Aman mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada keluarga arwah di atas pemergian ini.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan kepimpinan PACSU Pusat yang diketuai oleh Saudara Anuar Bin Mamat (Presiden PACSU Malaysia), Supt. Mohammad Sabri B Hj Abdul Kadir (Supt Kebajikan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman), Pegawai Kanan Polis terutamanya dari Bahagian D2, JSJ, Bukit Aman dan ahli-ahli PACSU Cawangan Bukit Aman yang sudi menghulurkan bantuan bagi memudahkan urusan pengkebumian arwah.

Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Takziah kita kepada keluarga Allahyarhamah. Alfatihah.

,