BACAAN YASSIN PERDANA KHAS PACSU CAWANGAN MELAKA 2021

14 JULAI 2021(Melaka) – PACSU Cawangan Melaka telah mengadakan Bacaan Yassin Perdana Khas tahun 2021secara maya mengunakan Aplikasi Zoom Meeting yang telah dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Mohamad Raimi in Zainal.  Kehadiran telah dihadiri oleh Semua Ahli dan Jabatan Jaim Melaka serta SUA PACSU Malaysia. Selepas Bacaan Yassin PACSU Cawangan Melaka mengadakan Ceramah Ringkas yang bertajuk Bulan Zulhijrah.

Intipati Ceramah :

1. Diantara bulan dan amalan yang paling diberkati dan disukai allah dan Nabi muhammad
iaitu 10 hari di awal bulan zulhijjah

2. Terdapat satu amalan iaitu amalan berpuasa di 9 zulhijjah yang akan diampunkan dosanya selama setahun…bukan sebulan

3. Diantara amalan yang dituntut seperti berpuasa , banyakkan zikir dan banyak-banyak berdoa dan mohon apa sahaja dari Allah seperti kesihatan yang baik , ingikan kekayaan…sesungguhnya allah sentiasa rindukan doa-doa dan permintaan hambanya.

4. Bekerjalah kerana Allah swt. Bersyukur allah pilih kita sebagai kakitangan kerajaan dan jangan mendengki kawan lain mengenai kerja yang diberikan kepada kita dan kawan kita. Contoh BDR yang diberikan..

5. Semuanya yang berlaku ketika ini dengan izin Allah dan banyak-banyak la muhasabah diri dan jaga tutur kata dan penulisan kita kerana semuanya akan dicatat dan dirakam oleh Allah

 3d75ea37-55cf-4a8f-aeb8-04b176e0a49e 5b82239c-cf4f-4ce1-8a0f-326563f3c29f 778dddf1-e084-4037-8bf2-11500411efd7 5800dfbb-66e9-4933-8981-45ec420c2ed8 58191478-2d14-470b-912c-3c5323d08f4e bc248f7b-b9cf-4b66-9e36-c1c681cee9c3 cb3c4236-b92b-4419-8226-9f82ab4e8606 ec05940e-61fa-44ba-8dfe-b83034ffa6f6 fcf26aa6-f7b9-4cc0-b7b9-58da01d8dc80

,