MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PACSU SECARA MAYA CAWANGAN PERAK KALI KE-70

Ipoh, 26 Julai 2021 – PACSU Perak telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pacsu Secara Maya Cawangan Perak Kali Ke-70 menerusi ‘google meet’ berikutan larangan untuk bermesyuarat secara bersemuka akibat daripada pandemik covid-19.

Mesyuarat dipengerusikan oleh President PACSU Malaysia iaitu saudara Anuar bin Mamat dan seterusnya merasmikan mesyuarat agung tahunan bagi tahun ini.

Mesyuarat membincangkan permasalahan, perancangan dan lain-lain isu sepanjang tahun 2021 serta menjawab isu-isu berbangkit daripada tahun lalu hingga kini. Mesyuarat kali ini juga terdapat pemilihan baharu bagi jawatan pengerusi dan ahli jawatankuasa PACSU Cawangan Perak bagi sesi 2021 hingga 2024 yang dilantik menerusi undian yang telah dilaksanakan pada bulan Mei 2021.

Turut menyertai mesyuarat secara maya Naib Presiden PACSU  saudara Mohd Fadli bin Mohd Noor, Setiausaha Agung saudara Mohd Azli bin Suhaimi, Timbalan Setiausaha Agung saudara Rohaizad bin Khalil, Pengerusi PACSU Perak Puan Rohaniah binti Razali, Setiausaha Puan Rosdiah binti Safri serta turut disertai oleh barisan ahli jawatankuasa dan ahli-ahli seluruh PACSU Cawangan Perak.

,