KUNJUNG HORMAT PACSU PERAK KE PEJABAT KETUA POLIS PERAK

Ipoh, 6 Ogos 2021 – PACSU Cawangan Perak telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat Ketua Polis Perak iaitu YDH Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash bin Wahid. Perjumpaan ini juga bertujuan untuk bersuai kenal di antara barisan kepimpinan PACSU Perak yang baharu dan membincangkan sedikit sebanyak tentang perancangan serta strategi yang akan dilaksanakan oleh PACSU Perak.

Kunjung hormat ini diketuai oleh Pengerusi PACSU Perak iaitu SDR. Muhammad Zameer bin Mohamed Akaram, Setiausaha SDRI Rosdiah binti Safri serta ahli-ahli jawatankuasa.

,