LAWATAN YDH DATO’ PENGARAH PENGURUSAN KE IBU PEJABAT PACSU MALAYSIA

 

24/08/2021 (Selasa) : Buat julung-julung kalinya Ibu Pejabat PACSU Malaysia di Bangsar telah menerima lawatan pegawai tertinggi PDRM. YDH Dato’ Zaini Bin Jass, Pengarah Pengurusan PDRM telah melapangkan waktu untuk datang melawat ke Ibu Pejabat PACSU Malaysia di Bangsar. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah YDH Datuk Wira Mat Kasim bin Karim Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.

Ketibaan YDH Dato’ Pengarah Pengurusan telah disambut oleh barisan kepimpinan PACSU Malaysia yang diketuai oleh Saudara Anuar Bin Mamat Presiden PACSU Malaysia serta barisan kepimpinan PACSU yang lain. Setibanya YDH Dato’ ke pejabat PACSU Malaysia, YDH Dato’ Pengarah Pengurusan bersama-sama YDH Datuk Wira Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) talah berkesempatan untuk menandatangani buku pelawat Pejabat PACSU Malaysia.

Majlis pada malam itu telah dimulakan dengan Bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Tuan Haji Mohd Zaki bin Mahmood, Timbalan Presiden PACSU Malaysia. Seterusnya majlis di teruskan dengan ucapan oleh YDH Dato’ Pengarah Pengurusan dan disusuli dengan ucapan balas Sdra. Presiden PACSU Malaysia.

 

 

,