MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PACSU CAWANGAN PAHANG KALI KE 49 (SECARA DALAM TALIAN)

IPK Pahang, 26 Julai 2021 (Isnin) – Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Cawangan Pahang Kali Ke 49 Secara Dalam Talian telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kontinjen, Tingkat 7, IPK Pahang dan di platform Google Meet. Mesyuarat Agung dipengerusikan oleh Sdri. Seri Embun binti Ishak, Pengerusi PACSU Cawangan Pahang. Mesyuarat Agung secara dalam talian ini turut dihadiri oleh YBrs. Sdra. Anuar Bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia dan Barisan Kepimpinan Tertinggi PACSU Malaysia.
Manakala Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Cawangan Pahang Ke 49 Secara Dalam Talian telah dirasmikan oleh YDH CP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, Ketua Polis Pahang. Turut hadir bagi memeriahkan majlis iaitu ACP Wan Mohd Zahari bin Wan Busu, Ketua Jabatan Pengurusan. Seramai 120 orang ahli PACSU Cawangan Pahang telah hadir di platform Google Meet dan secara fizikal di Bilik Mesyuarat Kontinjen, IPK Pahang.
Mesyuarat ini telah diadakan bagi membentangkan laporan daripada Setiausaha dan Bendahari Cawangan serta pengumuman Jawatankuasa Cawangan yang baru dan memohon mandat daripada ahli untuk mencadangkan pemilihan Pegawai Kanan Urusetia.
WhatsApp Image 2021-07-27 at 17.53.03 185308593_1510513275961097_7046886658008754169_n 188300001_1510513232627768_1837961730330735946_n 215568210_1510513185961106_3751137405432671897_n 207960775_1510513962627695_4316588817973743176_n 182920416_1510513792627712_8980770708397869309_n 223994695_1510513745961050_8837639207241081312_n 178162693_1510513552627736_136923642820071599_n 185978324_1510513499294408_9110097547669201999_n 224902459_1510513452627746_2641195161922989771_n
,