MESYUARAT AJK BIL 2/2021 PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

Seremban, 27/08/2021 – Bertempat di JKIN Extreme Park, telah diadakan mesyuarat AJK Bil 2/2021 PACSU Negeri Sembilan yang telah dihadiri oleh Pengerusi dan barisan AJK lantikan baru bagi sesi 2021 / 2024 disamping sesi perkenalan pada AJK baru yang telah dilantik.

Mesyuarat membincangkan perancangan – perancangan serta aktiviti yang akan datang berdasarkan kepada keadaan pandemik COVID 19 masih membimbangkan. Mesyuarat membincangkan untuk mengadakan program bacaan Yasin dan Tahlil anjuran PACSU Negeri Sembilan pada 02/09/2021 mulai jam 8.00 malam dan telah dipersetujui oleh semua AJK.

Selain daripada itu juga, turut dibincangkan untuk penyerahan sumbangan kepada ahli PACSU Negeri Sembilan yang dijangkiti COVID 19 dan juga perbincangan aktiviti – aktiviti sukan pada masa akan datang.

0d866b11-0b29-43fd-97d7-0b34f924276d 294d4f36-e24d-44fe-ac0b-7d6c2860e3c4 b44c7e5b-190b-493d-948c-ff441c9e3dd1 b57f0dce-f6f2-4c35-9527-2a57da4a0309

,