LAWATAN KEBAJIKAN PACSU CAWANGAN BUKIT AMAN

LAWATAN KEBAJIKAN_WAN ROSLINA 01

Tasik Permaisuri, Cheras; 20 Ogos 2021 (Jumaat) – Pada 30 Julai 2021, seorang ahli PACSU Bukit Aman iaitu Puan Wan Roslina binti Wan Ibrahim yang bertugas di Unit Berkuda PSP telah mengalami kemalangan jalan raya bersama anak lelaki beliau. Motosikal yang dinaiki mereka telah terlanggar lubang dan jatuh ke atas jalan raya. Akibat kemalangan tersebut, Puan Wan Roslina dan anaknya telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapatkan rawatan. Pihak hospital telah mengesahkan beliau telah patah pergelangan tangan kiri.

Sehubungan itu, satu lawatan kebajikan telah diatur oleh Biro Kebajikan PACSU Bukit Aman ke rumah beliau di Tasik Permaisuri, Cheras pada 20 Ogos yang lalu. Semoga Puan Wan Roslina segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

LAWATAN KEBAJIKAN_WAN ROSLINA 02

,