PROGRAM BACAAN YASIN SECARA ATAS TALIAN UNTUK AHLI PACSU SUBANG JAYA YANG POSITIF COVID

Yasin14 September 2021 – PACSU Cawangan Selangor (AJK Daerah Subang Jaya) telah mengadakan program bacaan Yasin dan doa selamat secara atas talian untuk keluarga salah seorang ahli PACSU Daerah Subang Jaya yang telah disahkan positif Covid-19 terutama sekali untuk suami ahli tersebut kerana telah ditidurkan akibat penurunan kadar oksigen dalam badan. Program Bacaan Yassin dan Doa Selamat telah dipimpin oleh En. Mohd Shahriman Bin Abd Wahid dan telah dihadiri oleh seramai 40 orang ahli PACSU Subang Jaya dan warga IPD Subang Jaya. Turut hadir Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Subang Jaya DSP Nazruel Ekram Bin Abu Saare.

Walaubagaimanapun, suami kepada ahli PACSU terbabit telah kembali ke rahmatullah pada 25 September yang lalu. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

,