LAWATAN KUNJUNG HORMAT PACSU KELANTAN KEPADA KETUA CAWANGAN KHAS IPK KELANTAN

KELANTAN- 14.09.2021 Satu Lawatan Kunjung Hormat wakil PACSU Kelantan kepada Ydh Ketua Cawangan Khas (KCK) IPK Kelantan di pejabatnya pada jam 3.00 petang. Majlis di wakili oleh Pengerusi PACSU Kelantan PF 18308 Huslinawati binti Hussain dan AJK PF 18733 Nora binti Mohamad. Lawatan ini diadakan untuk menyampaikan facemask PACSU Kelantan sempena Jubli Perak PACSU Kelantan kali ke 50 Tahun kepada Ydh KCK Kelantan. Turut serta menerima facemask daripada PACSU Kelantan ialah  Ydh Timbalan KCK, P & K dan Timbalan KCK R/O.

Wakil PACSU Kelantan turut menerima cenderahati daripada Cawangan Khas sebagai tanda hubungan yang harmoni antara Ketua Jabatan dengan Kesatuan PACSU Cawangan Kelantan.

Honey Dew

PACSU Kelantan

 

 

 

,