PERTANDINGAN MERDEKA IDOL 2021

SELANGOR (29/9/2021- Rabu) –  Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Ke-64 pada 31 Ogos 2021 dan Sambutan Hari Malaysia pada 15 September yang lalu, PACSU Cawangan Selangor telah mengadakan Pertandingan Merdeka Idol 2021 yang bertujuan untuk mengenali bakat-bakat terpendam ahli PACSU Cawangan Selangor disamping menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan ahli. Pertandingan ini telah diadakan pada 29/8/2021 – 16/9/2021. Sebanyak 15 penyertaan telah diterima pada tahun ini dan Keputusan Merdeka Idol Anjuran PACSU Selangor Tahun 2021 adalah seperti berikut :

Tempat Pertama: SMS Selangor

Tempat Ke-2: IPD Petaling Jaya (Zack)

Tempat Ke-3: IPD Klang Utara

Penyertaan Lain: Saguhati

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan syabas pada penyertaan yang lain. Semua keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada pemarkahan 3 orang juri dalaman dan seorang juri dari luar. Kriteria yang dipilih hasil dari kerjasama semua ahli / menunjukkan bakat sebagai seorang Idol  / penyuntingan video yang kreatif / mempamerkan identiti Malaysia dan element kemerdekaan. Markah tambahan juga diberikan berdasarkan rujukan “LIKE” serta “INVITE” ahli PACSU lain di FB Page PACSU Cawangan Selangor. Penyampaian hadiah akan diadakan pada bulan Oktober 2021 di formasi masing-masing.

facebook_1633488896970_6851349014520926500

1633489527404

,