MESYUARAT AJK BIL 3/2021 PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

29/10/2021, Seremban – Bertempat di Kg JKIN Extreme Park, Ulu Bendol Kuala Pilah telah diadakan mesyuarat AJK Bil 3/2021 PACSU Cawangan Negeri Sembilan yang dihadiri oleh Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan AJK lantikan daerah.

Mesyuarat membincangkan beberapa perkara iaitu Pertandingan Boling Piala Pengerusi PACSU NS yang telah dipersetujui diadakan pada 12/11/2021 (Jumaat) mulai jam 10.00 pagi dan 2.00 petang bertempat di Ole – Ole Pusat Boling Mydin Seremban 2 Negeri Sembilan mengikut S.O.P yang dikuatkuasakan oleh pihak Pusat Boling.

Mesyuarat juga membincangkan untuk mengadakan Majlis Hi – Tea PACSU NS bersama Dato’ Ketua Polis Negeri Sembilan, Ketua – Ketua Jabatan dan Ketua – Ketua Polis Daerah pada 03/12/2021 bertempat di Royale Chulan Seremban. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang.

76324534-d961-4aef-841e-b84dbcb419d3 afc9a0ed-d40c-4f00-8fd7-0b6b4eb93a13 b606cf23-272a-409d-9899-ff648c2a30f5 b6861139-2be5-4692-a2bb-1449d2c0c721 0f9245e3-aef6-4fb7-beef-ed95ce6d33da 4ee571c2-831c-4094-b456-5af863035604

,