PERASMIAN BAJU SUKAN PACSU JOHOR

Pada tarikh yang sama dalam sesi lawatan ini, PACSU Johor berbesar hati melancarkan perasmian baju sukan PACSU Johor. Perasmian ini telah dirasmikan oleh Tuan Presiden PACSU En Anuar Bin Mamat di Pejabat PACSU Bangsar Kuala Lumpur.

Baju sukan ini merupakan satu indentiti khas bagi PACSU Johor dalam apa jua program yang melibatkan PACSU Johor khususnya. Tetap bercirikan warna pink dan biru, yang menjadikan ia satu warna keseragaman PACSU Johor itu sendiri.

Tempahan akan dibuka kepada semua ahli PACSU Johor, untuk persediaan sukan yang akan dijadualkan pada awal tahun 2022.

PACSU Johor amat bangga atas kesudian Tuan Presiden bersama barisan pegawai kanan PACSU yang telah bersama-sama dalam merasmikan baju ini.

,