PERHIMPUNAN KHAS SEMPENA PERSARAAN TIMBALAN KETUA POLIS PERAK

Perigi  tuan semak siratan,

          Ukur tali nampak serupa;

Pergi tuan semarak ingatan,

          Luhur budi tidak dilupa.

 

Amat ketara pucuk siantan,

          Rasa segar tepian titi;

Selamat bersara ufuk ingatan,

          Mekar jasa di taman bakti.

 

IPOH, 08 November 2021 – Pada pagi bersejarah ini telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Perak, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Perak, Naib Pengerusi PERKEP Perak  dan Perhimpunan Khas Sempena Persaraan YDH DCP Dato’ Pahlawan Hj. Mazlan bin Hj. Santarai, Timbalan Ketua Polis Perak.

Majlis Serah Menyerah Tugas Timbalan Ketua Polis Perak telah berlangsung di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak diantara YDH DCP Dato’ Pahlawan Hj. Mazlan bin Hj. Santarai, Timbalan Ketua Polis Perak dengan YDH DCP Dato’ Pahlawan Azizi bin Mat Ari’s, Timbalan Ketua Polis Perak yang baharu. Majlis ini disaksikan oleh YDH CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash bin Wahid, Ketua Polis Perak.

YDH DCP Dato’ Pahlawan Hj. Mazlan bin Hj. Santarai, Bekas Timbalan Ketua Polis Perak telah berkhidmat bersama-sama PDRM selama 39 tahun, 7 bulan dan 18 hari.

Turut diadakan serah terima tugas Jawatan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Perak antara YDH SAC Mohd Alwi bin Zainal Abidin, Bekas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KJPJKK) Perak dan YDH SAC Haji Noorzainy bin Hj. Mohd Noor, KJPJKK Perak yang baharu dan Jawatan Naib Pengerusi PERKEP Perak diantara YBhg. Datin Rosiah Timah Binti Jamiyor, Bekas Pengerusi PERKEP Perak dan Datin Wanita Binti Wari, Pengerusi PERKEP Perak yang baharu yang disaksikan oleh Datin Nor Qhadhijah binti Abdul Wahab

Pengerusi PERKEP Kontinjen Perak

Diakhir majlis ini Ketua Polis Perak, turut mengadakan sidang media bersama- sama rakan-rakan media.

Pada sebelah petang pula, diadakan Perhimpunan Khas Sempena Persaraan Timbalan Ketua Polis Perak di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak. YDH DCP Dato’ Pahlawan Hj. Mazlan bin Hj. Santarai ,Timbalan Ketua Polis Perak telah diberi penghormatan terakhir untuk memeriksa Kawalan Kehormatan dan menaiki kenderaan Khas bersama isteri yang ditarik oleh Pegawai-Pegawai Kanan PDRM Perak.

Diucapkan kepada Dato’ Pahlawan ‘Selamat Bersara’  bahagia bersama keluarga.

Turut hadir dalam majlis, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah dan Formasi PDRM Perak, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis, Pegawai-pegawai Awam PDRM Perak, Ahli-ahli PERKEP serta rakan-rakan media.

,