PROGRAM PERJUMPAAN YDH KETUA POLIS DAERAH MANJUNG BERSAMA PEGAWAI AWAM IBU PEJABAT POLIS DAERAH MANJUNG

Manjung, 10 November 2021 – Bertempat di Dewan Serbaguna IPD Manjung, telah diadakan program perjumpaan YDH Ketua Polis Daerah Manjung bersama pegawai awam anjuran Jabatan Pengurusan IPD Manjung.

Program yang bermula pada jam 03.00 petang dihadiri oleh YDH ACP Nor Omar Bin Sappi (KPD Manjung), YDH DSP Chong Boo Khim (Timb. KPD Manjung), Ketua – Ketua Bahagian dan Pegawai Kanan, Encik Nor Haslan bin Hashim (Wakil dan AJK PACSU IPD Manjung), Pegawai Awam IPD Manjung serta Unit Kebajikan dan Hal Ehwal Awam IPD Manjung.

Antara aktiviti yang dijalankan pada program ini ialah :

  • Ucapan alu-aluan daripada wakil pegawai awam IPD Manjung;
  • Ucapan dan amanat daripada YDH KPD Manjung;
  • Tayangan montaj pengenalan pegawai awam dan aktiviti-aktiviti yang disertai di IPD Manjung;
  • Penyampaian cenderahati daripada wakil pegawai awam kepada YDH KPD Manjung;
  • Jamuan minum petang dengan selingan segmen hiburan santai;
  • YDH KPD Manjung menyantuni pegawai awam dari meja ke meja untuk mengenali dengan lebih dekat.
  • Dan lain-lain.

Antara objektif program ini ialah :

  • Menyampaikan mandat Ketua Polis Daerah kepada pegawai awam;
  • Mengenali lebih mesra antara Ketua Polis Daerah dan semua pegawai awam yang berkhidmat dibawah pentadbiran IPD Manjung;
  • Melaksanakan Program yang dirancang dalam Takwim IPD Manjung 2021.

Program telah berjalan dengan lancar dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan dibawah arahan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

,