Mesyuarat Khas AJK PACSU Johor Bil. 1/2021-2024

Pada 14.11.2021 (Ahad) jam 09.00 pagi bertempat di Pejabat PACSU Johor telah berlangsungnya Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa PACSU Johor bilangan 1/2021-2024.

Mesyuarat khas ini bagi membincangkan persiapan bagi menghadiri Persidangan Perwakilan Tri Tahunan PACSU kali ke 38 pada 23 hingga 24.11.2021 di Hotel D’Ru Beach Resort Kuantan Pahang. Seramai (7) ahli perwakilan yang terpilih dari PACSU Johor akan menghadiri mesyuarat persidangan ini.

PACSU Johor telah membincangkan juga perkara-perkara berbangkit serta (2) usul yang telah dikemukakan oleh PACSU Johor. Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 11.30 pagi oleh Pengerusi PACSU Johor.

,