PEMILIHAN PEGAWAI KANAN PACSU SESI 2021/2024

JOHOR : Pada 17.11.2021 (Rabu) jam 10.00 pagi, berlangsungnya majlis penyerahan peti undi dari Jemaah Pemeriksa Kertas Undi PACSU Johor sesi 2018/2021 kepada Jemaah Pemeriksa Kertas Undi PACSU Johor sesi 2021/2024.

Majlis telah berlangsung di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan telah disaksikan oleh barisan ahli jawatankuasa PACSU Johor sesi 2021/2024.
Jemaah pemeriksa kertas undi PACSU Johor yang telah dilantik adalah seramai 5 orang yang terdiri daripada kawasan Wilayah Iskandar Johor.

Wakil pada majlis hari ini adalah Puan Suria Binti Adan dari Jabatan Siasatan Pematuhan Standart (JSPT) IPK Johor. Proses pengiraan kertas undi akan dijalankan dan telah ditetapkan pada 21.11.2021 (Ahad) pada jam 10.00 pagi di Pejabat PACSU Johor.

Keputusan pemilihan ini akan diperoleh dari Jemaah Pemeriksa Kertas Undi PACSU Johor sesi 2021/2024 untuk dibawa ke Persidangan Perwakilan Tri Tahunan PACSU Kali Ke 38 yang akan bersidang pada 23 sehingga 24hb November 2021 di D’Rhu Hotel Beach Resort Kuantan, Pahang.

,