PERASMIAN PERSIDANGAN PERWAKILAN TRITAHUNAN PACSU KALI KE-38 (2021-2024)

Pahang (23/11/2021) : Persidangan Perwakilan Tri Tahunan PACSU Kali Ke-38 (2021-2024) telah di rasmikan oleh YDH Datuk Seri Haji Mazlan bin Lazim, Timbalan Ketua Polis Negara dan turut dihadiri oleh Dato’ Haji Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS dan YDH Dato’ Ramli bin Mohamed Yoosuf, Ketua Polis Pahang.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato’ Mohd Yusri Haji Hassan Basri, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Tuan Ruslan Khalid, Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Agama dan Kaunseling) Bukit Aman, DCP Tuan Sulaiman Yahya, Komander Briged Tenggara, PGA, SAC Tuan Hassan Basri Ahmad Safar serta Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara) Bukit Aman, ACP Puan Siti Dalila Mohd Yasin.

,