KEJOHANAN TENPIN BOLING PIALA PENGERUSI PACSU CAWANGAN PERAK

IPOH, 11 Februari 2022 – PACSU Cawangan Perak telah mengadakan Kejohanan Tenpin Boling Piala Pengerusi Pacsu Cawangan Perak bertempat di Pusat Boling Ipoh Bowl AEON Kinta City Ipoh, Perak.

Sijil penyertaan turut disampaikan oleh Pengerusi PACSU Perak Sdra Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram kepada peserta-peserta.

Turut hadir Setiausaha PACSU Perak Sdri Rosdiah binti Safri, barisan ahli-ahli jawatankuasa dan ahli-ahli PACSU (peserta) daripada Daerah-Daerah seramai 66 orang.

Penganjuran aktiviti-aktiviti seperti ini (sukan) bertujuan mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan ahli-ahli dan mengamalkan gaya hidup sihat.

IMG_20220211_175651

,