KURSUS KEPIMPINAN PEGAWAI AWAM KONTINJEN KELANTAN SIRI 1 TAHUN 2022

KELANTAN– Pada  09 Februari 2022 di Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Puteh, Kelantan. Kursus satu  hari yang bermula seawal jam 8.00 pagi disertai oleh seramai 80 peserta dari pelbagai jabatan, daerah dan juga formasi seluruh PDRM Kontinjen Kelantan.

Kursus kepimpinan anjuran PACSU Cawangan Kelantan memuatkan 3 slot ceramah. Slot pertama diisi oleh Ybrs. Puan Siti Fatimah binti Abu Bakar dari Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, manakala slot kedua diambil oleh Ybrs. Presiden PACSU Malaysia. Slot ketiga yang bermula pada jam 2.00 petang diisi dengan ceramah oleh Ybrs. En. Rosli bin Zakaria, Pengarah Kesatuan Sekerja Terengganu dan Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia.

Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh Ydh. Dato Shafien bin Mamat ( Ketua Polis Kelantan ). Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ybrs. En. Anuar bin Mamat (Presiden PACSU Malaysia), Ybrs. En. Rosli bin Zakaria (Pengarah Kesatuan Sekerja Terengganu dan Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia), Ydh. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Ydh Puan Pegawai Turus Pentadbiran Kontinjen Kelantan yang mewakili Ydh. Tuan Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Kelantan.

Penyampaian Sijil disempurnakan oleh Ydh. Dato Ketua Polis Kelantan kepada semua peserta yang hadir. Sijil Penghargaan Khas daripada PACSU Cawangan Kelantan turut diberikan kepada Ybrs. En. Rosli bin Zakaria, Pengarah Kesatuan Sekerja Terengganu dan Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia sebagai tanda terima kasih diatas pemberian Geran Pembangunan Kesatuan Sekerja (GPKS) tahun 2020 kepada PACSU Cawangan Kelantan.

PACSU Kelantan

 

,