PERASMIAN SERENTAK MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN POLIS CAWANGAN ‘A’ DAN ‘B’, PPRPD DAN PACSU KONTINJEN PERAK TAHUN 2022

IPOH, 18 April 2022 – YDH CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash bin Wahid, Ketua Polis Perak telah merasmikan majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Cawangan ‘A’ dan ‘B’, PPRPD dan PACSU Kontinjen Perak Tahun 2022 bertempat di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Negara ku’ dan ‘Sedia Berkhidmat’, bacaan doa, ucapan perasmian oleh Ketua Polis Perak dan sesi soal jawab.

Turut hadir, YDH DCP Dato’ Pahlawan Azizi bin Mat Aris, Timbalan Ketua Polis Perak, YDH SAC Dato’ Pahlawan Anuar bin Othman, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Perak, YDH SAC Hj. Noorzainy bin Hj. Mohd Noor, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti PDRM Perak, YDH ACP Noraziah Binti Zakaria, Ketua Jabatan Pengurusan PDRM Perak, YDH SI Suhaimi bin Mohd, Pengerusi PPRPD Kontinjen Perak, YBhg. Encik Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram, Pengerusi PACSU Cawangan Perak, Ketua-Ketua Jabatan PDRM Perak, Ketua-Ketua Polis Daerah/Formasi Perak dan Ahli-Ahli Persatuan Pegawai Kanan Polis, Ahli-Ahli PPRPD dan Ahli PACSU PDRM Perak.

,