ANUGERAH KESATUAN CEMERLANG CUEPACS TAHUN 2022

27/04/2022 BUKIT AMAN : Bersempena dengan Sambutan Hari Pekerja pada tahun ini, CUEPACS telah menganugerahkan Anugerah Kesatuan Cemerlang CUEPACS Tahun 2022 kepada Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir Dan Awam, Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU).

Majlis rakaman penyerahan piala dan sijil telah pun diadakan di Pejabat Ketua Polis Negara, Bukit Aman, Kuala Lumpur. YDH Dato’Adnan bin Mat Presiden CUEPACS telah menyerahkan sebentuk piala, sijil dan mok cek kepada Sdra. Anuar bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia. Majlis penyerahan ini juga telah disaksikan oleh YDH Tan Sri Acryl Sani bin Abdullah Sani Ketua Polis Negara.

Majlis ini juga turut dihadiri Sdra. Abdul Rahman bin Nordin (Setiausaha Agung CUEPACS), Sdra. Mohd Fadli bin Mohd Noor (Timbalan Setiausaha Agung 1 CUEPACS), Sdra. Hj Roslan Bin Nordin (Bendahari Agung CUEPACS). Turut hadir bersama adalah barisan kepimpinan PACSU Malaysia.

Rakaman penyerahan sijil dan piala akan di siarkan secara langsung semasa Majlis Sambutan Hari Pekerja CUEPACS pada 01 Mei 2022 (Ahad).

,