MAJLIS KUNJUNG HORMAT KETUA POLIS DAERAH JASIN, MELAKA

Pada 22 Mac, 2022 satu Kunjung Hormat Ketua Polis Daerah Jasin Melaka telah disempurnakan oleh Pengerusi Pacsu Melaka Sdr Khairi bin Thani bersama Setiausaha Pacsu Melaka dan AJK Biro Sukan & Sosial, Sdri Fariyanty bt Abharim.  Lawatan Kunjung Hormat tersebut telah disambut oleh Wakil PACSU Jasin iaitu Ustaz Nazri, Sdri Faizura & Sdri Maslina.

Kunjung hormat ini telah diatur dengan baik dan telah disambut baik oleh DSP Tuan Mispani bin Hamdan.  Pelbagai isu diperbincangkan terutama yang berkait hal-hal pegawai awam yang ada di IPD Jasin.  Tuan Mispani juga mengucapkan syabas kepada Sdr Khairi bin Thani kerana telah terpilih sebagai Pengerusi PACSU Melaka yang baru.  Beliau akan memberikan sokongan atas segala aktiviti yang melibatkan pegawai awam di Jasin ini

Kunjung hormat ini diakhiri dengan sedikit penyampaian cenderahati dari PACSU Melaka kepada Ketua Polis Daerah Jasin DSP Tuan Mispani bin Hamdan.  Seterusnya Tuan Mispani sudi untuk menyertai sessi bergambar,

IMG-20220322-WA0047 IMG-20220322-WA0048 IMG-20220322-WA0049 IMG-20220322-WA0050 IMG-20220322-WA0051 IMG-20220322-WA0052 IMG-20220322-WA0071 IMG-20220322-WA0072

,