MAJLIS TAKLIMAT ISU PENJAWAT AWAM & IFFTAR RAMADHAN CUEPACS MELAKA BERSAMA PRESIDEN CUEPACS MALAYSIA

Pada 22 April 2022 bertempat di Amverton Resort Hotel, Air Keroh, Melaka telah diadakan Majlis Taklimat Isu Penjawat Awam sempena Majlis Ifftar Ramadhan Cuepacs Melaka bersama Presiden CUEPACS Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Hj Adnan bin Mat,  Majlis ini disertai juga oleh Wakil Pengarah JHEKS Melaka dan semua Jawatankuasa Cuepacs Melaka.

Pengerusi PACSU Melaka Sdr Khairi bin Thani telah hadir sama sebagai Jawatankuasa CUEPACS.  Turut serta Pegawai Pelajaran Pacsu Pusat Sdr Syed Ahmad Syed Sahardin sebagai jemputan mantan AJK CUEPACS Melaka

Majlis dimulakan dengan sesi Taklimat Isu-Isu Penjawat Awam yang disampaikan sendiri oleh Presiden CUEPACS Malaysia Datuk Hj Adnan bin Mat.  Pelbagai isu disampaikan antaranya mengenai Gaji Maksima RM1,800, Hari Pekerja 2022 dan beberapa isu lain yang sedang diusahakan oleh CUEPACS.  Majlis Taklimat diakhiri dengan Penyampaian Cenderahati kepada 3 orang Mantan AJK Cuepacs Melaka termasuk Sdr Syed Ahmad yang telah melepaskan jawatan tersebut kepada Pengerusi Pacsu Melaka Sdr Khairi bin Thani

Selepas itu, Datuk Hj Adnan bin Mat dan jemputan serta Jawatankuasa CUEPACS Melaka bersama-sama dalam Majlis Berbuka Puasa CUEPACS Melaka di Cafe Amverton Resort Hotel.  Majlis Ifftar Ramadhan tersebut disempurnakan dengan penuh kemesraan dan berakhir dengan sessi bergambar.

IMG-20220422-WA0198IMG-20220423-WA0013IMG_20220422_174408IMG-20220422-WA0193IMG-20220422-WA0196IMG-20220422-WA0197IMG-20220422-WA0186IMG-20220422-WA0184IMG_20220422_174428IMG_20220422_184804IMG-20220423-WA0010IMG-20220423-WA0011IMG-20220422-WA0227IMG-20220422-WA0228IMG_20220422_194637IMG-20220423-WA0132

,