BENGKEL PENGURUSAN KESATUAN PACSU TAHUN 2022

Kedah, 17/5/2022 (Selasa) – PACSU Cawangan Pahang telah menyertai Bengkel Pengurusan Kesatuan PACSU Tahun 2022 yang telah diadakan di Zaque’s Hotel and Apartments, Sungai Petani Kedah. Bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan kesatuan sekerja , menanam sikap positif dan membina terhadap perjuangan hak dan kebajikan ahli kesatuan. Bengkel ini juga telah menjadi medan bagi peserta – peserta melontarkan cadangan , pandangan dan pendapat bagi memajukan lagi PACSU agar lebih berjaya pada masa akan datang.

 

,