MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PACSU CAWANGAN PERAK KALI KE-71 DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2022

Ipoh, 31 Mei 2022 – PACSU Perak telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pacsu Cawangan Perak Kali Ke-71 dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 bertempat di Dewan Serbaguna Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) Ipoh, Perak.

Setelah dua tahun Mesyuarat Agung Tahunan Pacsu Cawangan Perak tidak dapat diadakan secara bersemuka akibat daripada pandemik Covid-19 kini akhirnya mesyuarat dapat dilangsungkan dengan tenang, lancar dan banyak informasi-informasi dapat dikongsikan.

Mesyuarat dipengerusikan oleh President PACSU Malaysia iaitu Sdra Anuar bin Mamat dan juga Sdra Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram Pengerusi PACSU Cawangan Perak.

Mesyuarat membincangkan permasalahan, perancangan, pembentangan kertas minit, pembentangan kewangan semasa dan lain-lain isu sepanjang tahun 2021 dan 2022 serta menjawab isu-isu berbangkit daripada tahun lalu hingga kini.

Turut menghadiri mesyuarat Setiausaha Agung PACSU Malaysia Sdra Mohd Azli bin Suhaimi, Setiausaha PACSU Perak Puan Rosdiah binti Safri serta turut dihadiri oleh barisan ahli jawatankuasa dan ahli-ahli PACSU Cawangan Perak.

Mesyuarat dimeriahkan lagi dengan sambutan hari raya aidilfitri yang turut tidak dapat disambut selama tempoh 2 tahun dan ahli-ahli PACSU Perak mengambil kesempatan meraikannya dengan penuh rasa gembira dan kesyukuran selepas mesyuarat agung ditangguhkan.