MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PACSU CAWANGAN PAHANG KALI KE – 50 TAHUN 2022

KUANTAN, PAHANG (22 Jun 2022 – Rabu) – Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Cawangan Pahang Kali Ke 50 telah diadakan di Dewan Tun Razak, IPK Pahang. Mesyuarat Agung ini telah dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan PACSU Malaysia iaitu YBrs. Sdra. Anuar Bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia, Sdra. Mohd Azli bin Suhaimi, Setiasusaha Agung PACSU Malaysia dan Sdra. Ym Raja Hazlan Bin Raja Hussin, Bendahari Agung PACSU Malaysia.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YDH SAC Noor Hisam B Nordin, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang. Turut hadir adalah wakil – wakil Ketua Jabatan  serta ahli-ahli PACSU Cawangan Pahang.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa dan masalah berbangkit yang melibatkan ahli-ahli PACSU, merancang serta bertukar pendapat untuk mempertingkatkan lagi kebajikan kepada ahli-ahli PACSU Cawangan Pahang.

 

,