KEJOHANAN KAROM PIALA KPN

Pada 17-19 Februari, 2022 telah berlangsung Kejohanan Karom Piala KPN yang diadakan di Pengkalan Chepa, Kelantan Darul Naim.  Kejohanan ini melibatkan penyertaan semua negeri di Semenanjung Malaysia.

Kejohanan Karom Piala KPN kali ini menyaksikan penyertaan 3 orang Ahli PACSU Melaka mewakili Kontinjen Melaka bersama anggota.  Antaranya Pengerusi PACSU Melaka sendiri, En. Rosdee Khalil dari JIPS Melaka, Pn. Zalwani dari Alor Gajah.

Perlawanan agak menarik kerana saingan yang agak hebat sehingga ada perlawanan yang berlanjutan hingga malam.  Pertandingan ini melibatkan Single Lelaki, Single Wanita, Bergu Lelaki, Bergu Wanita & Bergu Campuran.

Kontinjen Melaka menunjukkan prestasi yang agak baik kerana tahun ini mampu mencapai sehingga Suku Akhir.  Insyaallah kami akan cuba yang terbaik untuk tahun akan datang dan semuga lebih ramai ahli Pacsu akan menyertai.

IMG-20220217-WA0057 IMG-20220217-WA0098 IMG-20220217-WA0109 IMG-20220217-WA0110 IMG-20220217-WA0119 IMG-20220217-WA0236 IMG-20220218-WA0029 IMG-20220218-WA0035 IMG-20220218-WA0036 IMG-20220218-WA0038 IMG-20220218-WA0039 IMG-20220218-WA0046 IMG-20220218-WA0047 IMG-20220218-WA0092 IMG-20220218-WA0108

 

 

,