KUNJUNG HORMAT KETUA POLIS MELAKA YANG BARU

Pada 23 Jun, 2022 jam 9.30 pagi bertempat di Mess Pegawai IPK Melaka telah berlangsung satu Kunjung Hormat Ketua Polis Melaka oleh Pengerusi, Setiausaha & AJK PACSU.

Majlis Kunjung Hormat ini adalah untuk bertemu, berkenal mesra dan mengucapkan selamat mula berkhidmat kepada Yang Dihormati Datuk Zainol bin Hj Samah, Ketua Polis Melaka yang baru.  Pengerusi Sdr Khairi bin Thani, Setiausaha Sdri Siti Aishah bt Othman, AJK iaitu Sdri Haslinda dan Sdri Fariyanti telah disambut baik oleh Ketua Polis Melaka sempena Kunjung Hormat tersebut. Turut serta YDH ASP Zarini, Pegawai Turus Pentadbiran IPK Melaka.

Pelbagai topik awam dibincangkan bersama Datuk Zainol dan beliau menyambut baik kunjungan ini dan sentiasa memberikan pandangan dan buah fikiran untuk dilaksanakan oleh Pacsu Melaka. Di akhir kunjung hormat Pengerusi telah menyampaikan sedikit cenderahati sebagai tanda terima kasih atas sambutan beliau dalam Kunjung Hormat ini.  Selepas itu kami sempat bergambar untuk diabadikan sebagai kenangan.

IMG-20220523-WA0125 IMG-20220523-WA0148 IMG-20220523-WA0149 IMG-20220523-WA0150 IMG-20220523-WA0151 IMG-20220523-WA0152 IMG-20220523-WA0153

 

,