KUNJUNG HORMAT KETUA POLIS MELAKA OLEH CUEPACS MELAKA……

Pada 26 Ogos, 2022 jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Taklimat & Ruang Legar Pejabat Ketua Polis Melaka Dato Zainol bin Hj Samah telah berlangsung Kunjung Hormat oleh Pegawai-Pegawai Kanan Cuepacs Melaka yang diketuai oleh Pengerusi Cuepacs Melaka Sdr Norman dan 5 lagi Pegawai Kanan Cuepacs Melaka.

Seawal jam 10.00 pagi Pengerusi Pacsu Melaka Sdr Khairi bersama Pegawai Pelajaran Pacsu Malaysia Sdr Syed Ahmad, Setiausaha PACSU Melaka Sdri Siti Aishah, Bendahari PACSU Melaka Sdri Siti Hanum dan dua lagi AJK Pacsu Melaka Sdri Fariyantyy & Sdri Haslinda telah menyambut Pegawai Kanan Cuepacs Melaka.

Sekitar jam 10.30 pagi semua Pegawai Kanan Cuepacs Melaka disambut baik oleh Ketua Polis Melaka Dato Zainol bin Hj Samah.  Turut serta beberapa Ketua Jabatan yang dijemput oleh Dato KP Melaka untuk sama-sama menyertai.

Pelbagai isu semasa pegawai awam, hal-hal berkaitan cadangan dan desakan Cuepacs turut dikongsikan bersama Ketua Polis Melaka.  YDH Dato Zainol sangat mesra dan sentiasa memberikan pandangan dan buah fikiran untuk dikongsikan bersama.

IMG-20220826-WA0101 IMG-20220826-WA0102 IMG-20220826-WA0103 IMG-20220826-WA0107IMG-20220826-WA0117 IMG-20220826-WA0108 IMG-20220826-WA0114IMG-20220826-WA0115IMG-20220826-WA0109 IMG-20220826-WA0112 IMG-20220826-WA0122 IMG-20220826-WA0123 IMG-20220826-WA0124 IMG-20220826-WA0125 IMG-20220826-WA0128 IMG-20220826-WA0129 IMG-20220826-WA0135 IMG-20220826-WA0159 IMG-20220826-WA0161 IMG-20220826-WA0163 IMG-20220826-WA0166 IMG-20220826-WA0167 IMG-20220826-WA0170 IMG-20220826-WA0171 IMG-20220826-WA0173IMG-20220826-WA0169 IMG-20220826-WA0175 IMG-20220826-WA0176 IMG-20220826-WA0181 IMG-20220826-WA0182 IMG-20220826-WA0187 IMG-20220826-WA0188

,