MAJLIS TAKLIMAT ISU SEMASA PENJAWAT AWAM & MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA CUEPACS MELAKA

Pada 22 Mei 2022 bertempat di Hotel Averton Ayer Keroh telah berlangsung Program Berbuka Puasa Bersama Cuepacs Melaka.  Program Ifftar Ramadhan ini telah dihadiri oleh Presiden Cuepacs Malaysia Dato Adnan bin Mat.

Program dimulakan dengan Majlis Taklimat Isu-Isu Semasa Penjawat Awam bermula jam 5,00 petang.  Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi Cuepacs Malaysia Sdr Norman dan kemudiannya Dato Adnan bin Mat telah menyampaikan ucapan dan berkongsi maklumat-maklumat terkini mengenai isu-isu penjawat awam.

Seterusnya Majlis Taklimat Isu-Isu Penjawat Awam ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada mantan-mantan EXCO Cuepacs Melaka dimana salah seorang darinya adalah Sdr Syed Ahmad Sye Shahardin, Pegawai Pelajaran PACSU Pusat yang telah digantikan oleh Sdr Khairi bin Thani sebagai Pengerusi Pacsu Melaka.

Majlis seterusnya adalah Majlis Berbuka Puasa Cuepacs Melaka dimana Dato Presiden Cuepacs Malaysia bersama Pengerusi & AJK Cuepacs Malaysia telah bersama-sama berbuka puasa di Cafe Hotel Averton.  Majlis diakhiri dengan sessi bergambar dan bersurai.

IMG-20220423-WA0123IMG-20220423-WA0123IMG-20220423-WA0041IMG-20220423-WA0042IMG-20220423-WA0040IMG-20220423-WA0128IMG-20220423-WA0039IMG-20220422-WA0229

,