ANUGERAH KESATUAN SEKERJA CEMERLANG 2022 SEKTOR AWAM

Pada 20/9/2022 bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam, Selangor telah diadakan Perhimpunan Keluarga Kesatuan Sekerja Se-Malaysia 2022. Majlis Anjuran Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (Kementerian Sumber Manusia) dengan kerjasama Kesatuan Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat Semenanjung Malaysia (KESATERIA). Majlis dihadiri seramai 700 orang daripada pelbagai Kesatuan diseluruh Malaysia dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri M.Saravanan, Menteri Sumber Manusia.

Sebanyak 4 kategori Anugerah “Piala Menteri Sumber Manusia” dan Sijil Penghargaan bagi kategori berikut :

  1. Anugerah Pemimpin Kesatuan Sekerja Contoh 2022 Sektor swasta, Awam dan Badan Berkanun;
  2. Anugerah Kesatuan Sekerja Prihatin 2022 Sektor Swasta, Awam dan Badan Berkanun;
  3. Anugerah Kesatuan Sekerja Cemerlang 2022 Sektor Swasta, Awam dan Badan Berkanun; dan
  4. Anugerah Tokoh Kesatuan Sekerja 200

PACSU telah dianugerahkan Anugerah Kesatuan Sekerja Cemerlang 2022 Sektor Awam dan menerima Piala, Sijil Penghargaan dan Wang Tunai RM500.00.

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SELURUH AHLI PACSU

,