MAJLIS PERSIDANGAN PERWAKILAN TRI-TAHUNAN PACSU PENGGAL KE 38 (2021 – 2024).

De Rhu Beach Resort, 23/11/2021 (Isnin) – Majlis Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan PACSU Penggal Ke 38 (2021 – 2024) telah diadakan selama tiga hari bermula 23/11/2021 hingga 25/11/2021. Persidangan ini membolehkan setiap ahli perwakilan daripada setiap negeri membincangkan berkenaan aktiviti, kewangan dan lain-lain berkaitan dengan kesatuan ini. Di samping itu juga persidangan ini juga membentangkan usul-usul dari kontinjen-kontinjen berkaitan penambahbaikan dalam tugas-tugas Pegawai Awam yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia. Diharapkan persidangan ini mampu menjadi batu loncatan untuk memastikan kebajikan Pegawai Awam dalam PDRM dapat terus dijaga dan dipelihara.

 

,