PROGRAM TURUN PADANG PACSU CAWANGAN PERAK KE IPD PENGKALAN HULU DAN IPD GERIK

IPD Pengkalan Hulu dan IPD Gerik, 27 Januari 2023 – PACSU Cawangan Perak telah mengadakan Program Turun Padang PACSU Cawangan Perak ke IPD Pengkalan Hulu dan IPD Gerik.

Program ini diadakan bertujuan mengeratkan lagi hubungan diantara barisan kepimpinan PACSU Perak dengan ahli-ahli di peringkat daerah. Banyak informasi berkenaan perancangan, aktiviti dan sebagainya telah disampaikan kepada ahli-ahli PACSU. Pegawai Awam bukan ahli PACSU juga turut hadir bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai hala tuju PACSU.

Ahli-ahli yang hadir tidak melepaskan peluang untuk mengajukan soalan-soalan mengenai permasalahan yang mereka hadapi. Sijil pelantikan sebagai wakil PACSU daripada daerah turut diserahkan kepada calon yang telah dilantik.

Program diketuai oleh Pengerusi PACSU Perak Sdra Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram, Setiausaha PACSU Perak Sdri Rosdiah binti Safri dan barisan ahli-ahli jawatankuasa.

IPD PENGKALAN HULU

IPD GERIK

,