KEJOHANAN BOWLING PIALA PRESIDEN PACSU TAHUN 2023

MELAKA : Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) dengan kerjasama PACSU Cawangan Melaka telah berjaya menganjurkan Kejohanan Bowling Piala Presiden PACSU Tahun 2023 pada 25/02/2023 (Sabtu) di Melaka International Bowling Centre (MIBC), Ayer Keroh, Melaka. Penganjuran kejohanan pada kali ini, telah disertai sebanyak 25 pasukan mewakili PACSU Cawangan dan 7 pasukan mewakili pasukan VIP melibatkan hampir seramai 160 orang peserta dan urusetia.

Majlis Perasmian Kejohanan telah diadakan di Ball Room, Hotel MITC, Ayer Keroh, Melaka dan telah disempurnakan oleh Sdra. Anuar bin Mamat (Presiden PACSU). PACSU mengucapkan tahniah kepada PACSU Cawangan Kelantan kerana telah berjaya mempertahankan Kejuaraan buat kali kedua berturut-turut. Tahniah juga buat PACSU Cawangan Terengganu (Tempat ke-2) dan PACSU Cawangan Kuala Lumpur (Tempat ke-3). Keputusan penuh Kejohanan adalah seperti berikut :

Keputusan Kategori Berkumpulan :

Johan : PACSU Cawangan Kelantan (1927 Jatuhan Pin)
Naib Johan : PACSU Cawangan Terengganu (1900 Jatuhan Pin)
Ke Tiga : PACSU Cawangan Kuala Lumpur (1886 Jatuhan Pin)

Keputusan Kategori Individu Lelaki :

Johan : Sdra. Hakim (Terengganu) (594 Jatuhan Pin)
Naib Johan : Sdra. Hafizzuddin (Perlis) (582 Jatuhan Pin)
Ke Tiga : Sdra. Nordin (Kuala Lumpur) (564 Jatuhan Pin)
Ke Empat : Sdra. Mahadi (Bukit Aman) (544 Jatuhan Pin)
Ke Lima : Sdra. Hazim (Terengganu) (532 Jatuhan Pin)

Keputusan Kategori Individu Wanita :

Johan : Sdri. Rohaya (Kedah) (613 Jatuhan Pin)
Naib Johan : Sdri. Chua (Kelantan) (535 Jatuhan Pin)
Ke Tiga : Sdri. Sahani (Kuala Lumpur) (524 Jatuhan Pin)
Ke Empat : Sdri. Norfazira (Kelantan) (503 Jatuhan Pin)
Ke Lima : Sdri. Noorliana (Terengganu) (481 Jatuhan Pin)

Keputusan Kategori VIP :

Johan : Team Naib Presiden (1124 Jatuhan Pin)
Naib Johan : Team Bendahari Agung (1109 Jatuhan Pin)
Ke Tiga : Team Presiden (1101 Jatuhan Pin)

TAHNIAH!!! kepada yang berjaya, kepada yang kalah jangan putus asa, cuba di edisi yang akan datang. Kepada PACSU Cawangan Melaka, Tahniah dan syabas diatas penganjuran kejohanan yang terbaik.

_TSUA_

,