MAJLIS KUNJUNG HORMAT AJK CUEPACS NEGERI KELANTAN KEPADA YDH DATO’ KETUA POLIS KELANTAN

KELANTAN- 27.12.2022 (Selasa) : Satu majlis kunjung hormat telah diadakan oleh para barisan AJK CUEPACS Negeri Kelantan kepada Ydh Dato’ Ketua Polis Kelantan. Bertempat di Pejabat Ketua Polis Kelantan, Tingkat 4, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Seramai lima (5) Ahli Jawatankuasa CUEPACS Kelantan yang terlibat iaitu En. Aminuddin bin Awang (Presiden CUEPACS Negeri Kelantan), En. Zaki Hussain bin Che Kadir, En. Norazan bin Mat Nor, En. Wan Sahak bin Wan Setapa dan En. Mohd Nazri bin Taib. Sepanjang majlis berlangsung tiga (3) AJK PACSU Cawangan Kelantan turut mengiringi barisan AJK CUEPACS Kelantan dalam bersama-sama menjayakan majlis pada hari tersebut. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Huslinawati bt Husain (Pengerusi PACSU Kelantan), En. Nik Ahmad bin Raja Ismail ( Bendahari PACSU Kelantan) dan Pn. Nora binti Mohamad (AJK). Majlis berjalan lancar dalam suasana yang begitu harmoni.

Congress Of Unions Of Employees The Public and Civil Services dalam bahasa Malaysia adalah Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali dengan nama CUEPACS. PACSU dan PDRM berpisah tiada, begitu juga PACSU dan CUEPACS ibarat belayar dalam kapal yang sama menuju matlamat yang satu sesuai dengan slogan CUEPACS “PEKERJA TONGGAK KELUARGA MALAYSIA DALAM PEMULIHAN NEGARA” dan “KELESTARIAN PENDIGITALAN MENDEPANI CABARAN”.

Honey Dew

PACSU Kelantan.

 

,