KEJOHANAN BOLING PIALA PRESIDEN PACSU MALAYSIA

Negeri Sembilan – 25.02.2023, Sabtu – Bertempat di MITC Melaka, telah diadakan Kejohanan Boling Piala Presiden PACSU Malaysia. PACSU Cawangan Negeri Sembilan telah menghantar sebanyak tiga (3) pasukan bagi menyertai kejohanan ini. Puan Marinee binti Mohamad, Pengerusi PACSU cawangan Negeri Sembilan turut hadir dan juga menyertai kejohanan bagi pasukan VIP. PACSU cawangan Negeri Sembilan telah mendapat tempat ke-4 dalam kejohanan tersebut.

,